I'm going to share a few important tips about wedding theme and decoration from several famous wedding planners in Malaysia.
Dais (Pelamin) is created by Nas Great Idea
Nas Great Idea
'Bakal pengantin yg sedang mencari pereka dekorasi terutamanya dalam mencipta ruang pelamin yg terindah adalah dinasihatkan untuk menitikberatkan perincian berikut...
- Pemilihan haruslah berlandaskan keperibadian anda sendiri. Dari situ, anda dapat tahu gaya,tema warna dan konsep yang sesuai untuk majlis perkahwinan idaman anda. Contohnya, jika anda cenderung ke arah Islamik, konsep yg sesuai buat anda mungkin gaya Timur Tengah.
- Dari segi pemilihan warna. Nasihat beliau, pilihlah dalam kelompok warna kegemaran anda sendiri kerana ini adalah hari kebesaran anda. Jadikanlah majlis yg berlangsung, turut menggambarkan yg terbaik dari anda.
- Ketiga pula mengenai konsep hiasan. Jika anda berjiwa lembut orangnya adalah amat sesuai dengan konsep bunga-bungaan segar penuh menghiasi segenap ruang, ibarat sebuah taman nan indah.'
Perfect Day Planner
- 'Tetapkan tema dekorasi, pilihan warna dan bajet terlebih dahulu sebelum mencari pereka dekorasi. Sediakan gambar-gambar pelamin yg diminati dan juga contoh warna yg ingin digunakan. Malah pasangan mempelai boleh melayari laman-laman web ataupun majalah-majalah yg berkaitan untuk mencari pereka yg serba kreatif dari segi rekaan mereka.'
Dais (Pelamin) is created by Reka Teemor
Reka Teemor
- 'Pengantin haruslah bijak memilih warna tema untuk majlis bersejarah mereka. Pilihan warna tema haruslah bersesuaian dengan diri sendiri dan pasangan masing-masing. Pilihlah warna tema yang tampak anggun dan tak lapuk dek zaman serta bersesuaian dengan konsep perkahwinan, pakaian pengantin, kad kahwin, pelamin dan dekorasi keseluruhan.'
Dicky D' Fabulous
- 'Adalah dinasihatkan agar anda melakukan sedikit penyelidikan dan bijak membandingkan antara pengusaha-pengusaha dalam senarai pilihan anda. Ini mampu membuka ruang buat anda untuk memilih pilihan terbaik dari yg terbaik.'
Finally, a quote from a 'small boy' wedding planner like me
TheWedPlan
"Marriage requires teamwork. So start brainstorming your favourite color and wedding theme for you big day!"
Good Luck and I hope the above guidelines will help you put together the best day of your life without a hitch!
Reference: Ratu Sehari Magazine 10th Edition
No comments:
Post a Comment